Saturday, 26 April 2014

Magis Manis Coklat

" Nabi pernah bersabda, andai manusia diberi segunung emas setinggi Gunung Uhud, nescaya ia akan meminta segunung emas lagi. Perasaan tamak ini hanya akan berakhir apabila sudah tiada apa yang hendak dimiliki. "

Magis Manis Coklat.......tu tajuk komik yang aku nak share skit pasal moral value yang kita boleh ceduk dan simpan dalam botol untuk minum kalau dahaga(merepek meraban dah ayat...T.T)..yang best komik ni sebab ada perkataan coklat(motif sangat la kan...hmmmmm)..lepas cuti midsem baru-baru ni memang dok ngidam coklat ja walaupun hampir setiap hari makan(jarum kilo makin gerak ke kanan kau jangan bising mengada ehh) wuwuwuwu...aipp.aipp....back to the topic..


kisah ni berkaitan dengan seorang ahli sihir perempuan yang bernama Shokora....errrrr....sebelum tu...nak aku tegaskan kat sini bahawa sihir tu haram ye dalam islam anak-anak...Shokora ni adalah ahli sihir pembuat pelbagai jenis coklat...setiap jenis coklat tersebut akan memberi kesan yang berbeza kepada orang yang memakannya..setiap orang yang datang ke kedai Shokora adalah untuk membeli coklat yang dapat menunaikan hajat pelbagai hajat mereka...dan mereka perlu membayar dengan sesuatu yang berharga dari individu pelanggan tersebut sebagai pampasan....

banyak dari kalangan pelanggan yang datang ke kedai Shokora adalah berniat tidak baik untuk mendapatkan sesuatu melalui coklat boleh menunaikan hajat yang dibuat oleh Shokora...tetapi kesudahan yang berlaku kepada pelanggan yang berniat jahat dan tamak akan berakhir dengan peristiwa yang memakan diri sendiri...yang mana ada satu kisah seorang pelanggan terpaksa membayar harga coklat yang dimakan dengan kewujudan dirinya di mata manusia...(pada-pada la nak tamak pun kan...hmmm)

aku nak bagi contoh sikit pasal sifat tamak yang mana boleh kita ambil pengajaran sama-sama. Karun pada zaman nabi Musa a.s memiliki sifat tamak untuk memiliki banyak harta dan merasakan harta yang dimiliki tidak pernah cukup... kerana keangkuhan dan ketamakannya itu, Allah telah membenamkan Karun ke dalam tanah bersama dengan harta bendanya....
sifat tamak ni juga akan membuatkan seseorang cenderung untuk membuat kerja-kerja yang hina seperti merompak, mencuri dan gejala rasuah...hal ini disebabkan oleh rasa tamak dan rasa apa yang telah diperolehi tidak pernah mencukupi.

*tamak ilmu ke tamak nak buat ibadah ke...ok la juga kan..hehe....moh ler sama-sama kita renung balik...sekian

No comments:

Post a Comment