yang ni page depan komik tu.....
Kisahnya berkaitan dengan 4 orang yang menjadi kawan baik Xerox, Trasher, Brutal dan Icchan( nama-nama 4 orang tadi ni). Dorang ni duduk satu rumah...senang cerita jadi housemate la....tapi masing-masing memang perangai yang sangat berbeza. Xerox ni lebih bersikap suka melayan ja kerenah kawan-kawan tapi nakalnya tu memang ada tambah-tambah kalau ada sekali dengan Brutal...Brutal ni pula memang tersangat la gila-gila dan kaki buli....kalau dia tak ada dalam kalangan 4 orang tu memang suasana tak jadi riuh-rendah.....Icchan pula lebih bersikap manja dan jadi paling adik dalam kalangan dorang semua...selalu kena buli dengan Xerox dan Brutal tapi bukannya buli yang macam bentuk fizikal ataupun yang sampai luka-luka tu...buli nakal standard kawan-kawan ja...heeeeeeee.....Trasher(yang ni aku suka dia punya perwatakan) ni pula lebih kepada seorang yang protector...selalu nampak tenang ja dalam semua situasi yang dia rasa dia boleh kawal...sifat seorang pemimpin tu memang boleh nampak sebab kalau Xerox atau Brutal buat hal...Trasher yang akan selesaikan masalah yang dorang buat ataupun me'neutral'kan balik keadaan...
Banyak benda yang dorang hadap sama-sama.....selalunya masalah yang dorang buat tu la yang boleh membuatkan dorang bertambah rapat....sangat jarang berlaku situasi yang baik-baik kalau dorang berempat ni ada....hihihi....sama-sama pernah terkantoi dengan guard sebab lompat pagar kolej tengah-tengah malam(ish3.....yang ni memang tak boleh ikut ye adik-adik...hihihi), ada pulak satu masa ni...Xerox dan Brutal ambil upah buat assignment students lain...tapi disebabkan dorang terlebih bersuka ria dengan gembira...semua assignment orang tak dapat siap....dan terpaksa la pula Icchan dan Trasher yang buatkan...macam-macam lagi la kisah dorang ni yang aku tak larat nak menaip....walaupun orang cakap tah apa la yang ada pada komik ni sampai kau nak suka sangat...bukannya real human pun..tapi bagi aku...banyak pengajaran yang boleh ambil dari komik-komik yang aku baca...tapi kalau aku nak beli komik ataupun nak baca tak adalah main sebarangan ja...aku tengok dulu tajuk dan sinopsis cerita komik tu.....kalu jenis yang cinta ni memang aku tengok hujung mata jela....tak beli pun....wink! lagipun aku seorang yang visual...tu la salah satu sebab suka baca komik berbanding novel (macam la cerita novel tu betul sangat kan)meow.meow...kalau cuba baca novel lama-lama memang buat aku nampak huruf-huruf yang ada kat situ jadi berterabur sampai tak terkejar...hehehe...
kisah dorang ni aku boleh umpamakan macam rojak.....dalam rojak ada macam-macam jenis buah...dan buah-buah tu pula akan berbeza rasa....percampuran pelbagai buah dalam kuah rojak tu yang membuatkan rojak tu sedap dimakan sebab rasa rojak tu akan jadi unik...
Macam tu juga dengan persahabatan ataupun friendship atau juga ukhwah atau juga yang sama erti dengannya......setiap orang akan mempunyai pelbagai ragam....untuk menerima seseorang itu sebagai sahabat bermakna perlu kepada penerimaan kepada kekurangan yang ada pada individu tersebut....sifat berlapang dada tu memang sangat perlu.....jika memandang kepada kelebihan yang ada pada seseorang untuk dijadikan sahabat....maksud aku terima baik dia dulu sebelum terima buruk dia....akan wujud lebih banyak rasa tak puas hati antara satu sama lain sebab penerimaan kepada kelemahan tu kurang....tapi benda yang paling penting yang perlu ada....ikhlas dalam bersahabat..thumbs up!
meh sini aku nak share sikit pasal yang terlintas di hati bila berkaitan dengan sahabat...surah Al-Zukhuf ayat 67..maksudnya:
"( Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan diantara satu sama lain, kecuali orang yang bertakwa".
Ayat di atas memperingatkan kepada setiap manusia di mana ketaqwaan yang akan diukur di akhirat kelak. Oleh itu, dalam bersahabat penuhilah diri dengan taqwa kepada Allah iaitu takut kepada Allah dengan mengikut dan melakukan syariat atau perintah Allah dan kita menjauhi dan meninggalkan larangan Allah.
Hubungan manusia sesama manusia dapat dibentuk dengan baiknya jika kita menjaga hubungan manisia dengan tuhannya. Akhlak seseorang itu dibentuk daripada dalam iaitu hatinya. Mengikut kenyataan Imam Ghazali..di mana hati itu adalah raja dalam diri.jika baik hatinya maka baiklah akhlaknya.
*Entry kali ni sangat panjang..sudah.sudah!ok lah korang..tata..;)

No comments:
Post a Comment