Sunday, 27 April 2014

Kad Biru

Assalamualaikum awak-awak sekalian…….mesti kali ni korang macam terpikir benda apa la pulak yang makcik ni nak menaipkan……hmmmmmmm…malam ni serius kurang sangat idea untuk nak olah ayat….tapi rasanya memang setiap hari pun rasa macam tu….heeeeeee…propa ja lebih kan…^_^…

Pernah tak korang dengar pasal komik yang bertajuk Next Station??????meh sini aku nak cerita-cerita sikit……hehe….komik ni dihasilkan oleh xanseviera (spesis apa tu???)kikikiki…..xanseviera ni seorang kartunis warganegara Malaysia yang bernama Haryati mohd Ehsan….fuyoooo…siapa cakap kartunis ni hanya dipelopori lelaki ja…..cerita dalam komik ni lain sikit sebab ceritanya jenis cerita-cerita pendek..jadi dalam satu komik ni ada 21 cerita pendek yang berbeza….tapi tak la aku nak share pasal semua story yang ada kat dalam tu….yang aku nak masukkan dalam entry kali ni adalah cerita yang bertajuk kad biru..
serius memang aku suka apa yang xanseviera ni draw....

Watak yang dilukis oleh xanseviera dalam story kad biru ini adalah watak yang diambil dari drama inggeris(macam pelik ja bunyi..><) iaitu Supernatural sebab Xanseviera ni kata watak Dean dan Sam kat dalam drama tu handsome(boleh laa)…..bohong sangat la kalau korang tak tahu kan…heeeeee…Sammy atau pun Sam adalah adik  kepada Dean yang mana hubungan adik-beradik dorang tu memang sangat rapat…..mummy dorang dah meninggal masa melahirkan Sammy…tak silap aku la….jadinya Dean dan Sam ni hanya ada ayah dan pak cik Jim yang jaga dorang….ayah budak-budak 2 orang tu kerja yang perlukan kepada sentiasa merantau…so Dean yang ikut ayah dorang manakala Sammy pula tinggal dengan Pak cik Jim….masa Sammy tu berumur 5 tahun…dia sanggup nak buatkan sendiri kek birthday untuk Dean….tapi pak cik Jim tolong banyak la juga…..ada ke patut nak harapkan kat budak kecil tu kan….memang takkan la…ringkasnya Dean sangat terharu dengan apa yang Sammy cuba untuk bagi surprise birthday kat dia….kad birthday yang Sammy tu Dean simpan sampai la ked orang masing-masing dah besar panjang…..tapi setiap kali Dean baca balik apa yang Sammy tulis kat dalam kad tu…setiap kali tu juga la Dean akan rasa terharu dan bersyukur kerana ada adik yang macam Sammy…sampai ke dorang besar dorang still stick together untuk bekerjasama dalam menangkap syaitan-syaitan yang terlepas dari neraka (memang tak penah wujud pekerjaan macam ni yeee…sila jangan percaya)..

Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bagi aku bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik beradik. Namun, boleh dikatakan tiap-tiap hari akan kita dengar atau baca kat surat akhbar berkaitan dengan kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga sampai ada yang ke tahap memutuskan hubungan sillaturrahim antara adik beradik….tapi kalu setakat gaduh-gaduh manja adik beradik tu biasa la….kalau tak gaduh langsung macam aneh pulak kann….hehehe..
Memang boleh Nampak dengan jelas yang semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kalanya tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti di dalam firmanNya yang bermaksud:


“ Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?Mereka itulah  orang yang dilaknat Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka” (surah Muhammad:22-23)

No comments:

Post a Comment