assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia( dah macam nak baca berita kat RTM pulak)hew.hew.hew
rasa macam dah berzaman tak meng'update' blog ni....bukan setakat dah bersawang tapi dah naik hutan hujan tropika kot rasanya.....errrrr..krik.krik...ok la..untuk entry kali ni rasanya memang sangat lain dari yang entry sebelum ni....ubah angin sikit(senyum simpul)...
kalau la korang ni peminat tegar komik malaysia...mesti korang penah dengar kan pasal someone yang bernama Zint....dari segi pandangan aku la kan memangnya manusia yang bernama Zint ni sangat berbakat dari segi karya lukisan dan imaginasi dalam nak menghasilkan sesebuah komik(macam kenal je aku dengan mamat tu kan)....^_^.......
benda pertama yang aku sangat terkejut bila search pasal Zint ni.....dia bukannya melayu!errrrr...jgn ckp aku ni spesis risis okeh...sila dengar dulu penerang yang panjang lebar..huuuuuuu....sebab yang boleh jadi terkejut tu, kalau korang ada follow pasal komik-komik hasil buah tangan Zint ni...penggunaan gaya bahasa yang kat dalam tu memang tak menunjukkan yang kartunis tu bukannya melayu....emmmm..dah la kot dok membebel sorang-sorang kat sini...meh nak kongsi sikit pasal Zint ni..
Zint dilahirkan pada 16 Februari 1967 di Ipoh, Perak. beliau mendapat ijazah di dalam rekaan grafik dari Institute of Art pada tahun 1995. beliau memulakan kerjaya sebagai pereka grafik selama tiga tahun. pada tahun 1998, beliau menyertai kumpulan Art Square sebagai seorang pelukis bebas dan terus bersama syarikat tersebut hingga ke hari ini. Antara karya beliau yang pertama ialah
Daredevil 7(yang ni memang aku tak pernah hadap) dan kemudiannya beliau menyusul dengan karya baru yang berjudul
Under 18(kegilaan aku nih sampai semua siri under 18 aku ada....tapi gara-gara adik bongsu punya perangai, abah ambik bakar...sobbsss..dapat selamatkan 2 siri je..mencik!). Komik Under 18 ni telah berjaya menaikkan nama Zint di industri komik Malaysia. Selepas itu, beliau terus berkarya dan banyak je sekarang ni karya Zint yang ada...
gambar yang kat atas ni antara simpanan komik Zint yang aku bawa ke bumi tanjung malim ni...baki yang banyak-banyak tu masih tersimpan kat rumah(berharap mak kat rumah tak buat operasi pembersihan sebab memang sah-sah benda ni semua akan terbersih)
ok la korang....setakat ni dulu untuk entry pembukaan ni......banyak lagi entry yang perlu aku wujudkan sebelum sampai hari isnin ni.....oh may........!!(pengsan jap)...assaignment la katakan..memang sangat gigih dan berusaha la untuk ikut walaupun berat nanang hati ni....harapnya korang enjoy la juga dengan entry yang merapu ni...sayonara adios!