Sunday, 27 April 2014

mari kita belayar..heeeee

Hollaaaa..........assalamualaikum.......harapnya korang bertambah-tambah sihat la yeeee....^_^

kali ni aku nak review pasal komik One Piece......dalam cerita ni aku paling kagum dekat kapal Luffy and the geng........hebat sangat!! bagi aku...One Piece ni amat bermisteri sikit... Sebab cerita dia lebih kurang sama dengan Pirate of Caribbean. Korang tahu kan Pirate of Carribean tu ada unsur-unsur sejarah zaman lampau? Jadi sama la dengan One Piece ni. Ada diselit catitan sejarawan kuno... Penjelajahan dari pulau ke pulau...dari negara ke negara amat misteri. Ada yang ditokok tambah...ada yang berdasarkan cerita lama. Ada satu siri tu...cerita dia menceritakan berkenaan pulau Jawa....ada juga pasal kerajaan Aztec dan kerajaan Mayan....haaa......nak tahu baca la. Aku bagi intro sikit-sikit jer..he he.  Tapi korang jangan la anggap cerita dia memang macam sejarah... ada unsur-unsur dongeng la sikit...dah kata komik. Tapi itu la citer asalnya....hanya yang tau saja yang dapat ambik input sejarah tu.

ni luffy bersama dengan crew kapal yang merangkap sahabat susah dan senang.

dua-dua kapal ni memang aku kagum sangat dengan teknologi yang ada...walaupun nampak macam kapal main-main.

Bleach huhh??

assalamualaikum...................................................rasa nak bagi salam panjang sikit.....sebabnya......untuk entry ni aku nak menaip yang paling sikit berbanding dengan entry sebelum-sebelum ini...meow!

ok la......untuk kali ni..rasanya moral value yang aku nak post kat sini dah penah aku sentuh dalam entry aku sebelum ini..iaitu berkaitan dengan persahabatan....korang pernah tak tengok kartun bleach????yang ni pun salah satu dari kesukaan aku....episode dia memang panjang sebab aku mula kenal cerita Bleach ni dari form1 atau form 2(tak ingat)..tapi sampai sekarang ni cerita tu tak habis-habis.....oiiiii..lamanya...agaknya cucu aku nanti pun sempat tengok sekali kot....kikikiki


Bleach ni lebih kurang sama dengan Naruto. Tapi si heronya yang bernama Kurosaki Ichigo ni suka sangat bergaduh...panas baran la kiranya.......Moral dalam komik ini lebih kepada erti persahabatan dan usaha untuk berjaya tanpa putus asa.....hubungan kekeluargaan juga diselit secara ringan dan korang juga dapat belajar budaya orang jepun secara am(baju-baju yang kat dalam watak ni semuanya pakaian tradisional jepun okeh!)...tapi moral cerita Bleach ni tak la sebanyak dengan Naruto.....




nak share sikit dengan korang berkaitan dengan satu ayat yang berkaitan keluarga dan hubungan silaturrahim...

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah ` menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " (An Nisa': 1)

*kalau mereka baca blog aku ni....cuma nak cakap....i love you girls!hehe....entry sebelum ni saja tak mention...^-^

naruto.....jom layan!

Selamat pagi semua…2.06 pagi…masa macam ni dok update blog lagi???haaaaa..kau ingat aku saja-saja ke…hehehe…ok la…kadang-kadang aku cakap ni ada unsur-unsur fakta jugak sebenarnya. Kalau korang nak tahu.. sebenarnya ramai yang sudah termotivasi hasil dari baca komik-komik manga ni macam Naruto, Bleach dan One Piece.



Jom kita review pasal Naruto ni dulu…..dan rasanya hampir setiap golongan masyarakat kenal dengan watak naruto ni…errrrr..tak semua la juga sebab warga emas memang tak akan layan cerita yang semak otak dengan konfilk yang tak pernah habis ni…heeeeeeeee
Tapi apapun Naruto memang tidak asing lagi kan...yang tak minat pun tau kewujudan naruto nih. Cuma korang tak tahu cerita dia pasal apa. Ok....Naruto ni si budak yang takde talent...dungu...bebal... dan bodoh. Dia bukan kacak macam hero hollywood, Dia tak genius.... Dia memang tak ada talent langsung dalam semua hal. Tapi dia berjaya menjadi seorang ninja yang hebat dan digeruni. Kenapa?? Sebab dia berusaha...... Nampak? Moral dalam cerita ni memang banyak. Tu salah satu tau.... Dari seorang budak yang memang dipandang tak akan ada harapan nak jadi seorang ninja....sampailah dia sekarang menjadi ninja terkuat setaraf legendanya. Sikapnya juga mementingkan kawan dari kepentingan peribadi juga amat bagus untuk dihayati. Sifat tidak sombong dan ceria walaupun dirundung banyak kesedihan juga patut boleh dicontohi. Aku bagi sikit jer review pasal naruto... nak tau...tengok dari awal sampai sekarang. Memang banyak boleh dijadikan moral kehidupan.

sedih???aip...jangan.jangan!

Assalamualaikum semua(dah tak tahu ini kali ke berapa bagi salam)hehehe… Kali ni aku nak share satu lagi buku yang aku dah baca. iaitu LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH). Rasanya buku ni memang tersangat la terlaris di pasaran…macam-macam saiz ada…pilih ja nak yang kecil ka..besar ka…atau yang saiz poket…tapi kalu dah beli atau baru nak beli..sila tanamkan azam untuk baca dari kulit ke kulit yee…ambil manfaat….
*review untuk entry kali ni lebih kepada ilmiah sikit kot…ye la kan…komik je memanjang…kikikiki



Baiklah. Aku nak share pengalaman aku sendiri kesan dari aku baca buku ni. Dah baca buku ni lama dah…mungkin ada part yang kat dalam buku ni aku dah lupa… Aku beli buku ni???errr….tak la…adik aku yang beli..tolong baca pun tak apa dah…boleh juga sumbang pahala kan..(alasan la kau)haha… mula bila tengok  ja buku ni memang tak ada pun feeling nak baca…tapi aku ambil baca jugak..sehelai demi sehelai muka surat terselak tanpa dipaksa. Kemudian aku terfikir…. MasyaAllah! Rasa macam memperbodohkan diri selama ni bila kekasih dah tak cinta kita terus bersedih. Padahal ada yang masih cinta kita sayang kita iaitu Allah…haaaaaaaa…macam terkena tak???lalalalalalala..fikir-fikir la sendiri

Buku ni kecik jer boleh muat masuk hand bag. Harga RM 9.80. Topup sepuloh hengget boleh beli, belanjalah sikit untuk dapat ilmu. Buku ni boleh beli kat mana-mana kedai buku.

"Wanita yang bijak adalah wanita yang sering mencari ilmu, bertanya jika tidak pasti seperti wanita Muslim awal terdahulu. Mereka berani bertanya supaya mereka faham mengenai agama dengan lebih lagi, bukan hanya ‘mengikut’ apa yang telah dilakukan orang lain."

*bersedih??ingat Allah....bersedih lagi???ingat kat Allah lagi....lagi-lagi bersedih????emmmm..tu ada masalah dengan hubungan kau dengan Allah leteww...Jom cheacklist!

kukikukikuki(ketawa propa)

Kali ini punya entry kita riview komik balik setelah dua entry sebelum ni kita tersasar skit….hehe…..Lawak Kampus ni bagi aku memang best sebab kalau korang lonely ataupun berserabut otak…try la baca dalam 5 min….sangat membantu untuk korang senyum sorang-sorang…heeeeee(tapikan cara yang terbaik untuk nak hilangkan stress adalah banyakkan baca Al-Quran dan berzikir ok)komik-komik ni semua cuma untuk rasa happy sat ja..

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad :28)

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVq_qTzvX77AkPKAi-bPoBCaQRLS0157t8mIT7q8dAzbpY70k9yCMUrRoMmcwHIolalRzXP9FmuVtxEmy4kbr6eVihHnaoN6Uiyg4uq1tDmO2bxcPUBqhUgQ7OGosTM1KKKREj-7mTLw3u/s400/243.jpg


Komik ni memang sempoi. Aku ngan adik aku yang last selalu berebut nak baca dulu. Sekarang ni aku memang dah jarang nak beli komik-komik ni….kalau balik rumah tengok ada komik baru..boleh agak dah yang adik aku yang beli..
Watak-watak dalam komik ni memang sempoi dan emmmmm pelik dan harapnya kalau kat dalam dunia yang sebenar….tak ada la wujud manusia yang perangai sama dengan watak kat dalam komik ni…

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRCrrFvzx4GssUU_Q_lhIPhA-VmYwxBntAzJyrdlBMa4iazCbk3OYBgQpr__gWJ6izr4nNINXdvyxTLmCLWaBQdxglPTwOhFHKnZU-1jF_05oH3BBjIGJlZcrT5bXxCgxldr5sdFJ5l2Tq/s400/watak+lawak+kampus.jpg
                                           
Comel walaupun ada yang sedikit pelik dan ganjil….><

pi es: Sebenarnya aku sedang dalam proses menyiapkan asignment ni.


Pixton Comics....try it dude!

selamat malam  dan assalamualaikum ..........

untuk entry yang lepas kita dah sama-sama belajar untuk nak hasilkan watak anime...senang ehh lukis-lukis ni..???tu pun kalau korang try draw la....heeeeeee...tapi untuk entry kali ni kita akan try something yang baru pulak.....jeng.jeng.jeng....apa benda la kannn...jom!!

kalau korang dok kusyuk tengah baca komik (kalau yang jenis layan komik la)....ada tak terpikir untuk nak hasilkan komik sendiri?????japp!kalau nak hasilkan komik sendiri tak bermakna korang kena jadi kartunis sebagai kerjaya k....mungkin hasilkan sendiri komik boleh bagi kepuasan peribadi..tapi bagi aku...why not we just try something new....ilmu tu kan luas...explore la babe...

tapi kalau nak mengeksplorasi pun kena tengok bakat yang ada pulak kan ... hehe ...kalau tak reti melukis macam mana nak hasilkan komik????ye gak kan..nak guna software yang canggih-canggih ni lagi la tak penah belajar kan sebab bukannya kita ambik course Grafik atau Multimedia...hmmmmm...tapi ok ja...sebab sekarang ni aku nak kenalkan kat korang dengan satu website yang korang boleh cipta komik dengan cara yang lebih mudah!(aku pun baru je tahu...jadi cepat-cepat share sebelum lupa)wink!

Dengar tak pernah pasal dengar tak pernah pasal Pixon Diy Comics?????website ni kalau nak dibandingkan dengan website comics creator yang lain pixton comics ni bagi aku lebih ok penggunaanya yang mana korang boleh guna watak kartun yang sedia ada atau korang boleh cipta watak kartun yang korang nak. kemudian korang boleh buat aksi kartun tersebut berlari, melompat, pelbagai reaksi muka dan macam-macam lagi ikut kreativiti yang korang mampu....yeayy!



tapikan .... macam mana nak mencipta komik dengan Pixton Comics???
macam ni ..... mula-mula korang kena sign up dulu di Pixton Comics....kemudian..baru la boleh nak reka mereka komik kat situ..ada tiga jenis cara yang korang boleh gunakan untuk mencipta komik iaitu Quickie Comic, Regular Comic atau Large Format......

Quickie Comic hanya memerlukan korang memilih templete contoh scene dan watak yang sudah sedia ada. selepas itu korang sudah boleh meletakkan text pada bubble komik...

Regular Comic membolehkan korang meluaskan kreativiti korang dengan mencipta watak dan jalan cerita komik korang tersendiri..

Format Besar pula sesuai digunakan sekiranya korang mahu mencipta komik yang hanya memerlukan komik satu scene sahaja. sesuai juga digunakan untuk mencipta poster atau design t-shirt.
*Maaf la ye sebab untuk entry kali ni aku xde upload gambar yang boleh membantu korang...apa-apa pun selamat mencuba!adiossss


let's dancing on the paper!!

assalamualaikum!!(tersemangat)...:)

okeh...entry kali ni memang tak nak menaip panjang-panjang.....dan nak ajak orang belajar sama-sama dengan aku untuk hasilkan watak anime....alaaaaa...main lukis-lukis jom!^_^

caranya pertama sekali kita kena pandai dan kreatif nak buat gaya watak anime yang kita nak..kalu yang tak expert melukis macam aku ni...kita boleh buat bentuk orang lidi dulu macam gambar yang kat bawah ni..
1. lakar orang yang sedang berdiri

2.lukis wajah pada orang lidi ni...nampak dah sikit hasil dia..tapi tak siap lagi ok...ada orang yang rasa mudah..tapi bagi aku..tetap terkialkial kau..><

3.lukiskan badan atau baju kat orang lidi tadi...

.4. tadaaa.....kan dah siap....hehe..tapi kalau kartunis yang otai-otai tu mungkin tak guna kot cara orang lidi ni...kalau yang baru nak berjinak-jinak lembutkan tangan sila la cuba ok!

*jom sama-sama cuba(ambik pensil terus draw kat buku monetari)..hehe

Kad Biru

Assalamualaikum awak-awak sekalian…….mesti kali ni korang macam terpikir benda apa la pulak yang makcik ni nak menaipkan……hmmmmmmm…malam ni serius kurang sangat idea untuk nak olah ayat….tapi rasanya memang setiap hari pun rasa macam tu….heeeeeee…propa ja lebih kan…^_^…

Pernah tak korang dengar pasal komik yang bertajuk Next Station??????meh sini aku nak cerita-cerita sikit……hehe….komik ni dihasilkan oleh xanseviera (spesis apa tu???)kikikiki…..xanseviera ni seorang kartunis warganegara Malaysia yang bernama Haryati mohd Ehsan….fuyoooo…siapa cakap kartunis ni hanya dipelopori lelaki ja…..cerita dalam komik ni lain sikit sebab ceritanya jenis cerita-cerita pendek..jadi dalam satu komik ni ada 21 cerita pendek yang berbeza….tapi tak la aku nak share pasal semua story yang ada kat dalam tu….yang aku nak masukkan dalam entry kali ni adalah cerita yang bertajuk kad biru..
serius memang aku suka apa yang xanseviera ni draw....

Watak yang dilukis oleh xanseviera dalam story kad biru ini adalah watak yang diambil dari drama inggeris(macam pelik ja bunyi..><) iaitu Supernatural sebab Xanseviera ni kata watak Dean dan Sam kat dalam drama tu handsome(boleh laa)…..bohong sangat la kalau korang tak tahu kan…heeeeee…Sammy atau pun Sam adalah adik  kepada Dean yang mana hubungan adik-beradik dorang tu memang sangat rapat…..mummy dorang dah meninggal masa melahirkan Sammy…tak silap aku la….jadinya Dean dan Sam ni hanya ada ayah dan pak cik Jim yang jaga dorang….ayah budak-budak 2 orang tu kerja yang perlukan kepada sentiasa merantau…so Dean yang ikut ayah dorang manakala Sammy pula tinggal dengan Pak cik Jim….masa Sammy tu berumur 5 tahun…dia sanggup nak buatkan sendiri kek birthday untuk Dean….tapi pak cik Jim tolong banyak la juga…..ada ke patut nak harapkan kat budak kecil tu kan….memang takkan la…ringkasnya Dean sangat terharu dengan apa yang Sammy cuba untuk bagi surprise birthday kat dia….kad birthday yang Sammy tu Dean simpan sampai la ked orang masing-masing dah besar panjang…..tapi setiap kali Dean baca balik apa yang Sammy tulis kat dalam kad tu…setiap kali tu juga la Dean akan rasa terharu dan bersyukur kerana ada adik yang macam Sammy…sampai ke dorang besar dorang still stick together untuk bekerjasama dalam menangkap syaitan-syaitan yang terlepas dari neraka (memang tak penah wujud pekerjaan macam ni yeee…sila jangan percaya)..

Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bagi aku bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik beradik. Namun, boleh dikatakan tiap-tiap hari akan kita dengar atau baca kat surat akhbar berkaitan dengan kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga sampai ada yang ke tahap memutuskan hubungan sillaturrahim antara adik beradik….tapi kalu setakat gaduh-gaduh manja adik beradik tu biasa la….kalau tak gaduh langsung macam aneh pulak kann….hehehe..
Memang boleh Nampak dengan jelas yang semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kalanya tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti di dalam firmanNya yang bermaksud:


“ Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?Mereka itulah  orang yang dilaknat Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka” (surah Muhammad:22-23)

Saturday, 26 April 2014

Magis Manis Coklat

" Nabi pernah bersabda, andai manusia diberi segunung emas setinggi Gunung Uhud, nescaya ia akan meminta segunung emas lagi. Perasaan tamak ini hanya akan berakhir apabila sudah tiada apa yang hendak dimiliki. "

Magis Manis Coklat.......tu tajuk komik yang aku nak share skit pasal moral value yang kita boleh ceduk dan simpan dalam botol untuk minum kalau dahaga(merepek meraban dah ayat...T.T)..yang best komik ni sebab ada perkataan coklat(motif sangat la kan...hmmmmm)..lepas cuti midsem baru-baru ni memang dok ngidam coklat ja walaupun hampir setiap hari makan(jarum kilo makin gerak ke kanan kau jangan bising mengada ehh) wuwuwuwu...aipp.aipp....back to the topic..


kisah ni berkaitan dengan seorang ahli sihir perempuan yang bernama Shokora....errrrr....sebelum tu...nak aku tegaskan kat sini bahawa sihir tu haram ye dalam islam anak-anak...Shokora ni adalah ahli sihir pembuat pelbagai jenis coklat...setiap jenis coklat tersebut akan memberi kesan yang berbeza kepada orang yang memakannya..setiap orang yang datang ke kedai Shokora adalah untuk membeli coklat yang dapat menunaikan hajat pelbagai hajat mereka...dan mereka perlu membayar dengan sesuatu yang berharga dari individu pelanggan tersebut sebagai pampasan....

banyak dari kalangan pelanggan yang datang ke kedai Shokora adalah berniat tidak baik untuk mendapatkan sesuatu melalui coklat boleh menunaikan hajat yang dibuat oleh Shokora...tetapi kesudahan yang berlaku kepada pelanggan yang berniat jahat dan tamak akan berakhir dengan peristiwa yang memakan diri sendiri...yang mana ada satu kisah seorang pelanggan terpaksa membayar harga coklat yang dimakan dengan kewujudan dirinya di mata manusia...(pada-pada la nak tamak pun kan...hmmm)

aku nak bagi contoh sikit pasal sifat tamak yang mana boleh kita ambil pengajaran sama-sama. Karun pada zaman nabi Musa a.s memiliki sifat tamak untuk memiliki banyak harta dan merasakan harta yang dimiliki tidak pernah cukup... kerana keangkuhan dan ketamakannya itu, Allah telah membenamkan Karun ke dalam tanah bersama dengan harta bendanya....
sifat tamak ni juga akan membuatkan seseorang cenderung untuk membuat kerja-kerja yang hina seperti merompak, mencuri dan gejala rasuah...hal ini disebabkan oleh rasa tamak dan rasa apa yang telah diperolehi tidak pernah mencukupi.

*tamak ilmu ke tamak nak buat ibadah ke...ok la juga kan..hehe....moh ler sama-sama kita renung balik...sekian

Friendship ala-ala sweet candy

“When we honestly ask ourselves which person in our lives mean the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand. The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares.” 



yang ni page depan komik tu.....

haaaaaaaaa.......panjang benar quotes yang kat atas tu kan....tapi cuba korang baca betul-betul......bagi aku sangat bermakna....memang sangat bermakna...aipp.aipp...apa la salam pun tak bagi....maaf...><....assalamualaikum dan salam sejahtera kat para pembaca sekalian(tiba-tiba jadi serius yang tak menjadi).......hew.hew.hew...untuk entry kali ni..rasa macam nak berkongsi pasal salah satu buku komik yang aku suka...lukisannya sangat comel dan style!^_^...dihasilkan oleh Virus-AC dan nama judul komik tu Geng5405(bukan geng kongsi gelap ok).

Kisahnya berkaitan dengan 4 orang yang menjadi kawan baik Xerox, Trasher, Brutal dan Icchan( nama-nama 4 orang tadi ni). Dorang ni duduk satu rumah...senang cerita jadi housemate la....tapi masing-masing memang perangai yang sangat berbeza. Xerox ni lebih bersikap suka melayan ja kerenah kawan-kawan tapi nakalnya tu memang ada tambah-tambah kalau ada sekali dengan Brutal...Brutal ni pula memang tersangat la gila-gila dan kaki buli....kalau dia tak ada dalam kalangan 4 orang tu memang suasana tak jadi riuh-rendah.....Icchan pula lebih bersikap manja dan jadi paling adik dalam kalangan dorang semua...selalu kena buli dengan Xerox dan Brutal tapi bukannya buli yang macam bentuk fizikal ataupun yang sampai luka-luka tu...buli nakal standard kawan-kawan ja...heeeeeeee.....Trasher(yang ni aku suka dia punya perwatakan) ni pula lebih kepada seorang yang protector...selalu nampak tenang ja dalam semua situasi yang dia rasa dia boleh kawal...sifat seorang pemimpin tu memang boleh nampak sebab kalau Xerox atau Brutal buat hal...Trasher yang akan selesaikan masalah yang dorang buat ataupun me'neutral'kan balik keadaan...

Banyak benda yang dorang hadap sama-sama.....selalunya masalah yang dorang buat tu la yang boleh membuatkan dorang bertambah rapat....sangat jarang berlaku situasi yang baik-baik kalau dorang berempat ni ada....hihihi....sama-sama pernah terkantoi dengan guard sebab lompat pagar kolej tengah-tengah malam(ish3.....yang ni memang tak boleh ikut ye adik-adik...hihihi), ada pulak satu masa ni...Xerox dan Brutal ambil upah buat assignment students lain...tapi disebabkan dorang terlebih bersuka ria dengan gembira...semua assignment orang tak dapat siap....dan terpaksa la pula Icchan dan Trasher yang buatkan...macam-macam lagi la kisah dorang ni yang aku tak larat nak menaip....walaupun orang cakap tah apa la yang ada pada komik ni sampai kau nak suka sangat...bukannya real human pun..tapi bagi aku...banyak pengajaran yang boleh ambil dari komik-komik yang aku baca...tapi kalau aku nak beli komik ataupun nak baca tak adalah main sebarangan ja...aku tengok dulu tajuk dan sinopsis cerita komik tu.....kalu jenis yang cinta ni memang aku tengok hujung mata jela....tak beli pun....wink! lagipun aku seorang yang visual...tu la salah satu sebab suka baca komik berbanding novel (macam la cerita novel tu betul sangat kan)meow.meow...kalau cuba baca novel lama-lama memang buat aku nampak huruf-huruf yang ada kat situ jadi berterabur sampai tak terkejar...hehehe...

 kisah dorang ni aku boleh umpamakan macam rojak.....dalam rojak ada macam-macam jenis buah...dan buah-buah tu pula akan berbeza rasa....percampuran pelbagai buah dalam kuah rojak tu yang membuatkan rojak tu sedap dimakan sebab rasa rojak tu akan jadi unik...

Macam tu juga dengan persahabatan ataupun friendship atau juga ukhwah atau juga yang sama erti dengannya......setiap orang akan mempunyai pelbagai ragam....untuk menerima seseorang itu sebagai sahabat bermakna perlu kepada penerimaan kepada kekurangan yang ada pada individu tersebut....sifat berlapang dada tu memang sangat perlu.....jika memandang kepada kelebihan yang ada pada seseorang untuk dijadikan sahabat....maksud aku terima baik dia dulu sebelum terima buruk dia....akan wujud lebih banyak rasa tak puas hati antara satu sama lain sebab penerimaan kepada kelemahan tu kurang....tapi benda yang paling penting yang perlu ada....ikhlas dalam bersahabat..thumbs up!

meh sini aku nak share sikit pasal yang terlintas di hati bila berkaitan dengan sahabat...surah Al-Zukhuf ayat 67..maksudnya:
"( Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan diantara satu sama lain, kecuali orang yang bertakwa".

Ayat di atas memperingatkan kepada setiap manusia di mana ketaqwaan yang akan diukur di akhirat kelak. Oleh itu, dalam bersahabat penuhilah diri dengan taqwa kepada Allah iaitu takut kepada Allah dengan mengikut dan melakukan syariat atau perintah Allah dan kita menjauhi dan meninggalkan larangan Allah.

Hubungan manusia sesama manusia dapat dibentuk dengan baiknya jika kita menjaga hubungan manisia dengan tuhannya. Akhlak seseorang itu dibentuk daripada dalam iaitu hatinya. Mengikut kenyataan Imam Ghazali..di mana hati itu adalah raja dalam diri.jika baik hatinya maka baiklah akhlaknya.

*Entry kali ni sangat panjang..sudah.sudah!ok lah korang..tata..;)





Thursday, 24 April 2014

kartunis yang 'ohsem'!

assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia( dah macam nak baca berita kat RTM pulak)hew.hew.hew
rasa macam dah berzaman tak meng'update' blog ni....bukan setakat dah bersawang tapi dah naik hutan hujan tropika kot rasanya.....errrrr..krik.krik...ok la..untuk entry kali ni rasanya memang sangat lain dari yang entry sebelum ni....ubah angin sikit(senyum simpul)...
kalau la korang ni peminat tegar komik malaysia...mesti korang penah dengar kan pasal someone yang bernama Zint....dari segi pandangan aku la kan memangnya manusia yang bernama Zint ni sangat berbakat dari segi karya lukisan dan imaginasi dalam nak menghasilkan sesebuah komik(macam kenal je aku dengan mamat tu kan)....^_^.......

benda pertama yang aku sangat terkejut bila search pasal Zint ni.....dia bukannya melayu!errrrr...jgn ckp aku ni spesis risis okeh...sila dengar dulu penerang yang panjang lebar..huuuuuuu....sebab yang boleh jadi terkejut tu, kalau korang ada follow pasal komik-komik hasil buah tangan Zint ni...penggunaan gaya bahasa yang kat dalam tu memang tak menunjukkan yang kartunis tu bukannya melayu....emmmm..dah la kot dok membebel sorang-sorang kat sini...meh nak kongsi sikit pasal Zint ni..

Zint dilahirkan pada 16 Februari 1967 di Ipoh, Perak. beliau mendapat ijazah di dalam rekaan grafik dari Institute of Art pada tahun 1995. beliau memulakan kerjaya sebagai pereka grafik selama tiga tahun. pada tahun  1998, beliau menyertai kumpulan Art Square sebagai  seorang pelukis bebas dan terus bersama syarikat tersebut hingga ke hari ini. Antara karya beliau yang pertama ialah Daredevil 7(yang ni memang aku tak pernah hadap) dan kemudiannya beliau menyusul dengan karya baru yang berjudul Under 18(kegilaan aku nih sampai semua siri under 18 aku ada....tapi gara-gara adik bongsu punya perangai, abah ambik bakar...sobbsss..dapat selamatkan 2 siri je..mencik!). Komik Under 18 ni telah berjaya menaikkan nama Zint di industri komik Malaysia. Selepas itu, beliau terus berkarya dan banyak je sekarang ni karya Zint yang ada...



gambar yang kat atas ni antara simpanan komik Zint yang aku bawa ke bumi tanjung malim ni...baki yang banyak-banyak tu masih tersimpan kat rumah(berharap mak kat rumah tak buat operasi pembersihan sebab memang sah-sah benda ni semua akan terbersih)


ok la korang....setakat ni dulu untuk entry pembukaan ni......banyak lagi entry yang perlu aku wujudkan sebelum sampai hari isnin ni.....oh may........!!(pengsan jap)...assaignment la katakan..memang sangat gigih dan berusaha la untuk ikut walaupun berat nanang hati ni....harapnya korang enjoy la juga dengan entry yang merapu ni...sayonara adios!

Sunday, 2 March 2014

menyambut cahaya mata??perlu juga ada adabnya

"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memacahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."
-hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a-



Assalamualaikum.......................................

Entry pertama ni buat aku perah otak berjam-jam kat depan lappy dok pikir nak membebel apa kat sini....kalau bukan assaignment subject yang kena siapkan memang tidak pernah nak mimpi la nak blog-blog bagai ni...okehhhhh....memang out of idea...sobs.
teringat pulak masa cuti semester yang paling lama kena jadi penganggur kat rumah......kawan-kawan yang invite khawin masa tu....memang tak terkejar nak pergi (maap lerr buat kawan-kawan yang kawen  aku tak attend walimah korang)...tapi doa aku tetap ada untuk korang okehh...hehe..mabrouk

oleh sebab dah masuk bab rumahtangga ni...tetiba dapat idea apa benda yang nak menaip kt sini..meh aku nak share sikit pasal cahaya mata yang memang sah-sah akan ditunggu pasangan yang dah kawen...sempurnanya islam ni memang kita dapat lihat dari peringkat awal kelahiran insan dan sudah tentu perlu ikut syariat yang dianjur oleh agama kan...

dalam syariat kelahiran bayi orang-orang islam yang mendengar berita best ni perlu segera meraikan kegembiraan tu dengan ucapan tahniah pasangan yang dapat baby baru......lepas tu sudah tentu la azan perlu dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri baby...azan dan iqamat ni pun ada rahsianya...menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah:
1. kalimah- kalimah memuji kebesaran ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang akan meresap kat dalam hati insan yang baru lahir.
2. mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

lepas tu baby yang baru lahir ni perlu dilaksanakan tahnik(membuka mulut bayi) menggunakan buah tamar(kurma) yang dikunyah oleh org alim dan bertakwa.....

sifat anak yang baru lahir ni sangat berkait rapat dengan makna nama yang diberi....sebab itu...kalau korang ada anak nanti.....sila bagi nama anak yang bawa maksud yang baik ok.....sekarang ni aku ada perasan nama budak-budak agak pelik-pelik..harapnya memang betul-betul ada makna...sebab pemberian nama anak ni memang faktor yang penting dalam pembentukan keperibadian anak-anak selain daripada mendapat pendidikan yang seimbang.