Sunday, 27 April 2014

mari kita belayar..heeeee

Hollaaaa..........assalamualaikum.......harapnya korang bertambah-tambah sihat la yeeee....^_^

kali ni aku nak review pasal komik One Piece......dalam cerita ni aku paling kagum dekat kapal Luffy and the geng........hebat sangat!! bagi aku...One Piece ni amat bermisteri sikit... Sebab cerita dia lebih kurang sama dengan Pirate of Caribbean. Korang tahu kan Pirate of Carribean tu ada unsur-unsur sejarah zaman lampau? Jadi sama la dengan One Piece ni. Ada diselit catitan sejarawan kuno... Penjelajahan dari pulau ke pulau...dari negara ke negara amat misteri. Ada yang ditokok tambah...ada yang berdasarkan cerita lama. Ada satu siri tu...cerita dia menceritakan berkenaan pulau Jawa....ada juga pasal kerajaan Aztec dan kerajaan Mayan....haaa......nak tahu baca la. Aku bagi intro sikit-sikit jer..he he.  Tapi korang jangan la anggap cerita dia memang macam sejarah... ada unsur-unsur dongeng la sikit...dah kata komik. Tapi itu la citer asalnya....hanya yang tau saja yang dapat ambik input sejarah tu.

ni luffy bersama dengan crew kapal yang merangkap sahabat susah dan senang.

dua-dua kapal ni memang aku kagum sangat dengan teknologi yang ada...walaupun nampak macam kapal main-main.

Bleach huhh??

assalamualaikum...................................................rasa nak bagi salam panjang sikit.....sebabnya......untuk entry ni aku nak menaip yang paling sikit berbanding dengan entry sebelum-sebelum ini...meow!

ok la......untuk kali ni..rasanya moral value yang aku nak post kat sini dah penah aku sentuh dalam entry aku sebelum ini..iaitu berkaitan dengan persahabatan....korang pernah tak tengok kartun bleach????yang ni pun salah satu dari kesukaan aku....episode dia memang panjang sebab aku mula kenal cerita Bleach ni dari form1 atau form 2(tak ingat)..tapi sampai sekarang ni cerita tu tak habis-habis.....oiiiii..lamanya...agaknya cucu aku nanti pun sempat tengok sekali kot....kikikiki


Bleach ni lebih kurang sama dengan Naruto. Tapi si heronya yang bernama Kurosaki Ichigo ni suka sangat bergaduh...panas baran la kiranya.......Moral dalam komik ini lebih kepada erti persahabatan dan usaha untuk berjaya tanpa putus asa.....hubungan kekeluargaan juga diselit secara ringan dan korang juga dapat belajar budaya orang jepun secara am(baju-baju yang kat dalam watak ni semuanya pakaian tradisional jepun okeh!)...tapi moral cerita Bleach ni tak la sebanyak dengan Naruto.....




nak share sikit dengan korang berkaitan dengan satu ayat yang berkaitan keluarga dan hubungan silaturrahim...

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah ` menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " (An Nisa': 1)

*kalau mereka baca blog aku ni....cuma nak cakap....i love you girls!hehe....entry sebelum ni saja tak mention...^-^

naruto.....jom layan!

Selamat pagi semua…2.06 pagi…masa macam ni dok update blog lagi???haaaaa..kau ingat aku saja-saja ke…hehehe…ok la…kadang-kadang aku cakap ni ada unsur-unsur fakta jugak sebenarnya. Kalau korang nak tahu.. sebenarnya ramai yang sudah termotivasi hasil dari baca komik-komik manga ni macam Naruto, Bleach dan One Piece.



Jom kita review pasal Naruto ni dulu…..dan rasanya hampir setiap golongan masyarakat kenal dengan watak naruto ni…errrrr..tak semua la juga sebab warga emas memang tak akan layan cerita yang semak otak dengan konfilk yang tak pernah habis ni…heeeeeeeee
Tapi apapun Naruto memang tidak asing lagi kan...yang tak minat pun tau kewujudan naruto nih. Cuma korang tak tahu cerita dia pasal apa. Ok....Naruto ni si budak yang takde talent...dungu...bebal... dan bodoh. Dia bukan kacak macam hero hollywood, Dia tak genius.... Dia memang tak ada talent langsung dalam semua hal. Tapi dia berjaya menjadi seorang ninja yang hebat dan digeruni. Kenapa?? Sebab dia berusaha...... Nampak? Moral dalam cerita ni memang banyak. Tu salah satu tau.... Dari seorang budak yang memang dipandang tak akan ada harapan nak jadi seorang ninja....sampailah dia sekarang menjadi ninja terkuat setaraf legendanya. Sikapnya juga mementingkan kawan dari kepentingan peribadi juga amat bagus untuk dihayati. Sifat tidak sombong dan ceria walaupun dirundung banyak kesedihan juga patut boleh dicontohi. Aku bagi sikit jer review pasal naruto... nak tau...tengok dari awal sampai sekarang. Memang banyak boleh dijadikan moral kehidupan.

sedih???aip...jangan.jangan!

Assalamualaikum semua(dah tak tahu ini kali ke berapa bagi salam)hehehe… Kali ni aku nak share satu lagi buku yang aku dah baca. iaitu LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH). Rasanya buku ni memang tersangat la terlaris di pasaran…macam-macam saiz ada…pilih ja nak yang kecil ka..besar ka…atau yang saiz poket…tapi kalu dah beli atau baru nak beli..sila tanamkan azam untuk baca dari kulit ke kulit yee…ambil manfaat….
*review untuk entry kali ni lebih kepada ilmiah sikit kot…ye la kan…komik je memanjang…kikikiki



Baiklah. Aku nak share pengalaman aku sendiri kesan dari aku baca buku ni. Dah baca buku ni lama dah…mungkin ada part yang kat dalam buku ni aku dah lupa… Aku beli buku ni???errr….tak la…adik aku yang beli..tolong baca pun tak apa dah…boleh juga sumbang pahala kan..(alasan la kau)haha… mula bila tengok  ja buku ni memang tak ada pun feeling nak baca…tapi aku ambil baca jugak..sehelai demi sehelai muka surat terselak tanpa dipaksa. Kemudian aku terfikir…. MasyaAllah! Rasa macam memperbodohkan diri selama ni bila kekasih dah tak cinta kita terus bersedih. Padahal ada yang masih cinta kita sayang kita iaitu Allah…haaaaaaaa…macam terkena tak???lalalalalalala..fikir-fikir la sendiri

Buku ni kecik jer boleh muat masuk hand bag. Harga RM 9.80. Topup sepuloh hengget boleh beli, belanjalah sikit untuk dapat ilmu. Buku ni boleh beli kat mana-mana kedai buku.

"Wanita yang bijak adalah wanita yang sering mencari ilmu, bertanya jika tidak pasti seperti wanita Muslim awal terdahulu. Mereka berani bertanya supaya mereka faham mengenai agama dengan lebih lagi, bukan hanya ‘mengikut’ apa yang telah dilakukan orang lain."

*bersedih??ingat Allah....bersedih lagi???ingat kat Allah lagi....lagi-lagi bersedih????emmmm..tu ada masalah dengan hubungan kau dengan Allah leteww...Jom cheacklist!

kukikukikuki(ketawa propa)

Kali ini punya entry kita riview komik balik setelah dua entry sebelum ni kita tersasar skit….hehe…..Lawak Kampus ni bagi aku memang best sebab kalau korang lonely ataupun berserabut otak…try la baca dalam 5 min….sangat membantu untuk korang senyum sorang-sorang…heeeeee(tapikan cara yang terbaik untuk nak hilangkan stress adalah banyakkan baca Al-Quran dan berzikir ok)komik-komik ni semua cuma untuk rasa happy sat ja..

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad :28)

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVq_qTzvX77AkPKAi-bPoBCaQRLS0157t8mIT7q8dAzbpY70k9yCMUrRoMmcwHIolalRzXP9FmuVtxEmy4kbr6eVihHnaoN6Uiyg4uq1tDmO2bxcPUBqhUgQ7OGosTM1KKKREj-7mTLw3u/s400/243.jpg


Komik ni memang sempoi. Aku ngan adik aku yang last selalu berebut nak baca dulu. Sekarang ni aku memang dah jarang nak beli komik-komik ni….kalau balik rumah tengok ada komik baru..boleh agak dah yang adik aku yang beli..
Watak-watak dalam komik ni memang sempoi dan emmmmm pelik dan harapnya kalau kat dalam dunia yang sebenar….tak ada la wujud manusia yang perangai sama dengan watak kat dalam komik ni…

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRCrrFvzx4GssUU_Q_lhIPhA-VmYwxBntAzJyrdlBMa4iazCbk3OYBgQpr__gWJ6izr4nNINXdvyxTLmCLWaBQdxglPTwOhFHKnZU-1jF_05oH3BBjIGJlZcrT5bXxCgxldr5sdFJ5l2Tq/s400/watak+lawak+kampus.jpg
                                           
Comel walaupun ada yang sedikit pelik dan ganjil….><

pi es: Sebenarnya aku sedang dalam proses menyiapkan asignment ni.


Pixton Comics....try it dude!

selamat malam  dan assalamualaikum ..........

untuk entry yang lepas kita dah sama-sama belajar untuk nak hasilkan watak anime...senang ehh lukis-lukis ni..???tu pun kalau korang try draw la....heeeeeee...tapi untuk entry kali ni kita akan try something yang baru pulak.....jeng.jeng.jeng....apa benda la kannn...jom!!

kalau korang dok kusyuk tengah baca komik (kalau yang jenis layan komik la)....ada tak terpikir untuk nak hasilkan komik sendiri?????japp!kalau nak hasilkan komik sendiri tak bermakna korang kena jadi kartunis sebagai kerjaya k....mungkin hasilkan sendiri komik boleh bagi kepuasan peribadi..tapi bagi aku...why not we just try something new....ilmu tu kan luas...explore la babe...

tapi kalau nak mengeksplorasi pun kena tengok bakat yang ada pulak kan ... hehe ...kalau tak reti melukis macam mana nak hasilkan komik????ye gak kan..nak guna software yang canggih-canggih ni lagi la tak penah belajar kan sebab bukannya kita ambik course Grafik atau Multimedia...hmmmmm...tapi ok ja...sebab sekarang ni aku nak kenalkan kat korang dengan satu website yang korang boleh cipta komik dengan cara yang lebih mudah!(aku pun baru je tahu...jadi cepat-cepat share sebelum lupa)wink!

Dengar tak pernah pasal dengar tak pernah pasal Pixon Diy Comics?????website ni kalau nak dibandingkan dengan website comics creator yang lain pixton comics ni bagi aku lebih ok penggunaanya yang mana korang boleh guna watak kartun yang sedia ada atau korang boleh cipta watak kartun yang korang nak. kemudian korang boleh buat aksi kartun tersebut berlari, melompat, pelbagai reaksi muka dan macam-macam lagi ikut kreativiti yang korang mampu....yeayy!



tapikan .... macam mana nak mencipta komik dengan Pixton Comics???
macam ni ..... mula-mula korang kena sign up dulu di Pixton Comics....kemudian..baru la boleh nak reka mereka komik kat situ..ada tiga jenis cara yang korang boleh gunakan untuk mencipta komik iaitu Quickie Comic, Regular Comic atau Large Format......

Quickie Comic hanya memerlukan korang memilih templete contoh scene dan watak yang sudah sedia ada. selepas itu korang sudah boleh meletakkan text pada bubble komik...

Regular Comic membolehkan korang meluaskan kreativiti korang dengan mencipta watak dan jalan cerita komik korang tersendiri..

Format Besar pula sesuai digunakan sekiranya korang mahu mencipta komik yang hanya memerlukan komik satu scene sahaja. sesuai juga digunakan untuk mencipta poster atau design t-shirt.
*Maaf la ye sebab untuk entry kali ni aku xde upload gambar yang boleh membantu korang...apa-apa pun selamat mencuba!adiossss


let's dancing on the paper!!

assalamualaikum!!(tersemangat)...:)

okeh...entry kali ni memang tak nak menaip panjang-panjang.....dan nak ajak orang belajar sama-sama dengan aku untuk hasilkan watak anime....alaaaaa...main lukis-lukis jom!^_^

caranya pertama sekali kita kena pandai dan kreatif nak buat gaya watak anime yang kita nak..kalu yang tak expert melukis macam aku ni...kita boleh buat bentuk orang lidi dulu macam gambar yang kat bawah ni..
1. lakar orang yang sedang berdiri

2.lukis wajah pada orang lidi ni...nampak dah sikit hasil dia..tapi tak siap lagi ok...ada orang yang rasa mudah..tapi bagi aku..tetap terkialkial kau..><

3.lukiskan badan atau baju kat orang lidi tadi...

.4. tadaaa.....kan dah siap....hehe..tapi kalau kartunis yang otai-otai tu mungkin tak guna kot cara orang lidi ni...kalau yang baru nak berjinak-jinak lembutkan tangan sila la cuba ok!

*jom sama-sama cuba(ambik pensil terus draw kat buku monetari)..hehe