"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memacahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."
-hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a-
Assalamualaikum.......................................
Entry pertama ni buat aku perah otak berjam-jam kat depan lappy dok pikir nak membebel apa kat sini....kalau bukan assaignment subject yang kena siapkan memang tidak pernah nak mimpi la nak blog-blog bagai ni...okehhhhh....memang out of idea...sobs.
teringat pulak masa cuti semester yang paling lama kena jadi penganggur kat rumah......kawan-kawan yang invite khawin masa tu....memang tak terkejar nak pergi (maap lerr buat kawan-kawan yang kawen aku tak attend walimah korang)...tapi doa aku tetap ada untuk korang okehh...hehe..mabrouk
oleh sebab dah masuk bab rumahtangga ni...tetiba dapat idea apa benda yang nak menaip kt sini..meh aku nak share sikit pasal cahaya mata yang memang sah-sah akan ditunggu pasangan yang dah kawen...sempurnanya islam ni memang kita dapat lihat dari peringkat awal kelahiran insan dan sudah tentu perlu ikut syariat yang dianjur oleh agama kan...
dalam syariat kelahiran bayi orang-orang islam yang mendengar berita best ni perlu segera meraikan kegembiraan tu dengan ucapan tahniah pasangan yang dapat baby baru......lepas tu sudah tentu la azan perlu dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri baby...azan dan iqamat ni pun ada rahsianya...menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah:
1. kalimah- kalimah memuji kebesaran ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang akan meresap kat dalam hati insan yang baru lahir.
2. mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.
lepas tu baby yang baru lahir ni perlu dilaksanakan tahnik(membuka mulut bayi) menggunakan buah tamar(kurma) yang dikunyah oleh org alim dan bertakwa.....
sifat anak yang baru lahir ni sangat berkait rapat dengan makna nama yang diberi....sebab itu...kalau korang ada anak nanti.....sila bagi nama anak yang bawa maksud yang baik ok.....sekarang ni aku ada perasan nama budak-budak agak pelik-pelik..harapnya memang betul-betul ada makna...sebab pemberian nama anak ni memang faktor yang penting dalam pembentukan keperibadian anak-anak selain daripada mendapat pendidikan yang seimbang.